Berdayung.

Janji.
Mr Prime Minister. – Assalamualaikum.
Check out.
*MAKLUMAN KEPADA _SEMUA PENGGUNA MYSEJAHTERA_ YANG SUDAH KENA UPDATE*
Makluman kepada semua pengguna MySejahtera yang telah di update, pastikan anda semua tekan butang *CHECK OUT* setiap kali selepas anda Check in / Scan QR Code MySejahtera _(kedai/premis yang kamu masuk)_. Selepas Check in & kamu keluar dari kedai, kamu mesti tekan butang Check Out (ada di bahagian tempat check in).
*_Kenapa?_* Sebab kalau kamu lupa tekan butang Check Out, kalau ada apa² laporan kes Jangkitan Covid di kedai atau tempat kamu masuk itu pada sepanjang masa kamu Check in, secara sendirinya kamu akan masuk dalam kumpulan Kontak *BIARPUN* ketika itu kamu sudah lama berada @ pulang ke rumah. Dan keadaan akan merumitkan kamu & mungkin terpaksa pegi swab test dll.
🆙 *INGATLAH* 🆙
Sebarkan ke mana² group, bagi penekanan sebab ada yang memang lupa & tidak peduli. Ini adalah peringatan bersama, pastikan semua kita tahu. Pastikan CHECK OUT lepas Check in seperti biasa (Check out waktu keluar kedai, bukan waktu yang masih berada dalam kedai).
Sekian & harap maklum 😊
Date : 8/9/2021

Anuar Zain.
MySpr.
Suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi secara online.
Kepada rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda jangan lupa tanggungjawab anda untuk mendaftar sebagai pengundi.
Jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Daftarlah sebagai pengundi, anda semua bakal mencorak masa depan negara dengan memilih pemimpin yang berkemampuan untuk memimpin negara.
Pendaftaran mengundi atau pertukaran alamat boleh dilakukan secara online di https://mysprdaftar.spr.gov.my dan untuk semakan daftar pemilih boleh layari https://pengundi.spr.gov.my/
Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi talian hotline SPR : +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, ikuti langkah seperti berikut:
A. Nombor telefon bimbit yang sah
B. Emel yang sah
C. Gambar depan kad pengenalan
D. Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Antara syarat-syarat pendaftaran pemilih :
A. Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas.
B. Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
C. Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.




